Adalah dimaklumkan bahawa ibu bapa kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Percubaan SPM 2011) anak masing masing secara maya di
http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Sila gunakan no kad pengenalan anak untuk mendaftar masuk.
Program selepas PMR untuk pelajar tingkatan 3 sedang berlangsung di sekolah, adalah diharapkan para ibu bapa dapat memastikan anak hadir ke sekolah untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 5. Semua buku teks SPBT akan dikutip pada 8 Disember 2011 (Khamis) dan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Adalah diharapkan para ibu bapa pelajar dapat memastikan buku yang dihantar dalam keadaan yang baik dan dibalut. Penghantaran buku teks ini adalah wajib.
Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali dan selamat bercuti kepada semua warga SMKSJ. Untuk maklumat lanjut tentang cuti Deepavali, sila rujuk kepada berita terkini di sebelah. |